Tuesday, June 16, 2009

SIAPA SAYA

Ryzul Bin Osman Basah , dilahirkan diKampung Kelapa Tanjung Keramat langkap Perak.. Di besarkan di dalam keluarga yang sederhana seramai 6 orang adik-beradik dan beliau merupakan anak yang ketiga. Mendapat pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan Sungkai dan seterusnya di SM Hamid Khan Tapah Perak. Seterusnya berpindah ke SMKA Slim River selepas mendapat keputusan yang baik didalam PMR khususnya didalam subjek agama dan bahasa arab.Sejurus mendapat pangkat satu di dalam Sijil Pelajaran Malaysia(SPM), beliau ditawarkan ke Universiti Teknologi Mara Caw Perlis mengambil jurusan Pengajian Perniagaan. Beliau yang pernah berkerja sebagai, pembantu jualan, guru, penyelia stor, kerani bank, penolong pengurus peruncitan, dan akhirnya sebagai penasihat perniagaan selepas tamat pengajian percaya bahawa tiada jalan mudah untuk berjaya, dan dengan pengalaman luas beliau semasa berkhidmat di arena “kolar biru” memudahkan beliau merapati masyarakat di setiapa peringkat . Beliau merupakan seorang yang aktif di dalam aktiviti belia dan kemasyarakatan sejak di sekolah lagi. Pada tahun 1997-2007, beliau telah dan pernah diamanahkan menjawat jawatan seperti berikut:-
1. Yang Dipertua Persatuan Pengawas Pusat Sumber SMKA Slim River Perak.
2. Exco, Persatuan Mahasiswa Fakulti Pengajian Perniagaan (Diploma) UiTM Caw Arau.
3. Exco, Kelab Rakan Sebaya UiTM Caw Arau.
4. Exco Kanan, Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia UiTM Pusat 1998-2000
5. Ahli Jawatan Kuasa Angkatan Belia Islam Malaysia Daerah Wangsa Maju 2003-2004
6. Yang Dipertua Angkatan Belia Islam Malaysia, Daerah Wangsa Maju 2004-2005
7. Timbalan Yang Dipertua Majlis Belia Malaysia Daerah Wangsa Maju (penaja)2003-2004
8. Penolong Setiausaha Persatuan Penduduk Pangsapuri Taman Sri Batu Caves, Batu Caves 2002-2004-
9 .Ketua Pemuda Umno Cawangan Pangsapuri Taman Sri Batu Caves (Penaja) 2007-2008
10. Timbalan Pengerusi Persatuan Penduduk Taman Puteri Heights Rawang 2009-2011

Berani berubah?

Perubahan, anjakan paradigma, islah, reformasi, dan banyak lagi perkataan yang sama nada dengannya, muda disebut tetapi sukar dan memerlukan satu proses untuk menjalankannya.



Semenjak Mac tahun lalu banyak perubahan terutamanya dalam dunia politik,lanskap politik telah banyak mengalami perubahan besar samada di sebelah BN dan Pakatan.



Dalam hal ini Tun Abdulah telah mengatakan kerajaan dan parti akan melakukan perubahan yang mendadak demi menjamin kelangsungan politik parti pemerintah, dengan keadaan pembangkang yang telah menjadi satu force yang agak kuat diparlimen, mahu tidak mahu sesuatu perubahan dalam bukan sahaja didalam pentadbiran kerajaan perubahan juga perlu dalam menangani masalah politik didalam negara ini mesti dilakukan.

dan dengan peralihan kuasa diantara Tun Abdulah kepada Datuk Seri Najib Razak, telah menjadi pemangkin baru dalam proses perubahan ini.



DSNR telah meperkenalkan konsep 1Malaysia yang berteraskan pembelaan untuk semua serta menjadi asas didalam setiap langkah dan polisi kerajaan. Dalam kontkes UMNO dan barisan nasional pula sudah tiba masanya semua parti menaik taraf produk-produk politik mereka supaya selaras dengan konsep 1malaysia yang di bawa oleh DSNR tadi.Produk-produk yang lapuk dan ulang tayang seharusnya diganti dengan produk yang lebih segar dan terkini, produk-produk politik yang berbentuk hanya untuk kaum tertentu sahaja seharusnya diganti dengan produk yang mencerminkan intergrasi antara kaum.Ini akan mencerminkan bahawa konsep 1 Malaysia yang dibawa oleh DSNR adalah ikhlas dan menyerap ke lapangan, bukan sekadar laungan dan kata-kata indah beliau tetapi tidak dihayati oleh anak buah dan anggota parti beliau sendiri.Tanpa mengadaikan hak-hak yang termaktub didalam perlembagaan konsep 1Malaysia sepatutnya perlu digerakkan secara total oleh ahli parti.

DSNR dan rakan-rakan termasuk penulis tahu bahawa sokongan politik dari kaum india dan cina terhadapa parti pemerintah amatlah sedikit.. menurut survey sebuah badan bebas sokongan mereka terhadap kerajaan hanyalah dalam sekitar 30% sahaja! angka ini amatlah membimbangkan. Selain itu sokongan generasi muda terutama generasi dibandar juga amatlah merosot teruk.
DSNR juga tahu untuk menarik semula golongan ini untuk menyokong Umno satu perubahan besar perlu dilakukan, bukan sahaja dari segi organisasi parti , tetapi produk politik yang nak dijual kepada rakyat juga mesti universal.Mesti melepasi kualiti merentasi antara kaum ,pendekatan yang lebih kepada perkongsian dan memujuk. Maksudnya Umno mesti menjadi dan dilihat pembela kepada semua kaum dan agama,sudah terlalu lama UMNO "subcon" kepada MCA dan MIC untuk menangani isu kaum non bumi tapi nampaknya kurang berkesan dan sekarang UMNO sebagai parti yang dominan telah dan akan membuat perubahan yang berani dengan membuat jangkauan politik merentasi bangsa dan agama.

Inilah agenda besar 1Malaysia sebenarnya yang lebih relevan untuk UMNO.Agenda yang digarap teliti berdasarkan realiti semasa, dikala pembangkang menawarkan produk "Agenda Baru" atau "Pas for all", produk terkini seperti 1Malaysia ini sememangnya dinanti-natikan.Tanpa mengenepikan rakan lain didalam BN, UMNO akan cuba mengikis pandangan bahawa ia hanya membela orang melayu sahaja.Ini antara persepsi yang diberikan oleh pembangkang dan maaf cakap segelintir pihak didalam UMNO sendiri. isu ini amatlah memberi imej yang kurang baik dan DSNR dan TSMY tahu akan hal ini. Sesungguhnya dalam membumikan konsep 1Malaysia kepada rakyat, UMNO sebagai parti tunjang seharusnya menghadamkan ahli parti tentang konsep 1Malaysia sehadam-hadamnya dan mengurangkan budaya exclusive dan elitis yang selama ini memberi persepsi yang amat buruk kepada Umno.
kepada penulis UMNO bukan hanya untuk melayu sahaja, sesiapa yang kata begitu dia sebenarnya gagal memahami aspirasi perjuangan pengasas pengasas UMNO, tetapi yang sebenarnya UMNO adalah untuk rakyat Malaysia

Berani berubah atau anda akan diubah!! Umno for all!!!

Wednesday, June 3, 2009

Sultan Adil,Daulat Tuanku

Salam mungkin komen dan ulasan saya agak lewat.iaitu dengan berkenaan tindakan DYMM Sultan Azlan yang dilihat agak kontroversi di dalam penyelesaian kemelut politik di Perak.saya ringkaskan ulasan kerana tak mahu mengulangi fakta-fakta yang sudah tersebar didalam dunia blog dan reality diluar sana .

Soalan satu Kenapa sultan memilih BN.
Jawapannya: kerana ada sesetengah pendapat dari segi perundangan Sultan mempunyai hak melantik dan melucut jawatan seseorang menteri Besar. Dan ianya dikatakan mengikut undang-undang tubuh Negeri. Alasannya pun mudah baginda mendengar perakuan dan pengakuan daripada 28 adun BN serta 3 adun bebas yang “menyokong BN”.

Soalan kedua : kenapa Sultan tak mahu tunggu NIzar dijatuhkan melalui undi tak percaya didalam dewan?
Jawapannya: Jangan lupa sivakumar sebagai speaker dewan pakatan rakyat dah tak iktiraf tiga adun bebas tu sebagai adun, dan menurutnya tak layak hadir sidang dewan.dan dengan kuasa dia sebagai speaker jangan haraplah tiga adun “haram” tu dibenarkan masuk mengundi. Jadi situasi adun BN dan Pakatan akan jadi sama iaitu 28:28. Dan hal dispute ni akan kembali kepada sultan untuk membuat keputusan. Jadi pada ketika itu Sultan sudah semestinya mengekalkan kerajaan yang dipilih oleh rakyat pada 8 mac lalu daripada memilih BN, dan inilah yang YB Nizar mahukan.sekiranya pada ketika itu Sultan memilih BN maka Sultan dianggap membelakangi kehendak rakyat.Dan jika Sultan memilih BN , Sultan akan dianggap favour kepada “kerajaan orang melayu” sahaja (27 adun BN semuanya melayu 1 je MCA)dan ini tidak baik untuk imej baginda dan Sultan semestinya ingin mengelak dari tersepit didalam situasi diatas.

Soalan ketiga: kenapa Sultan tak mahu bubarkan dewan?
Jawapannya: Mungkin factor kos, atau pun Sultan tak mahu 59 kawasan adunnya negerinya “panas” dan masyarakat berpecah dan tension kerana perbedaan politik , juga mungkin pada pikiran baginda daripada PRU seluruh negeri lebih baik PRK untuk dua adun sahaja iaitu changkat jering dan behrang sahaja(jangan lupa dua adun tu ada kes, kalau sabit kesalahan maka akan hilang status sebgai wakil rakyat , kos pun kurang dan hanya dua kawasan tu sahaja yang terlibat. Dan walaupun Sultan tahu diorang ni tak beretika(atas lompatan), tapi atas nama demokrasi sultan terpaksa terima perakuan mereka sebagai adun bebas yang menyokong BN sehingga mahkamah memutuskan nasib dan status mereka . Sultan kan bekas hakim, baginda tahu seseorang tidak dikatakan bersalah sehingga ianya diputuskan di mahkamah.Kepada Pakatan , Usahalah secara bijak dan melalui perundangan, sabar dan tunggu sahajalah kalau benar mereka ni bersalah dan ketika itu rebutlah kembali peluang anda melalui PRK, dan jika anda menang anda akan kembali mengepalai Kerajaan negeri Perak.Jadinya Sultan Azlan telah melakukan tindakan bijak dengan menghantar “bola” masalah ini kepada mahkamah, dan biar mahkamah membuat keputusannya.Apa pun …Daulat Tuanku..sedikit tambahan , saya berani jamin situasi politik di perak takkan tenang sehingga PRU yang akan datang, kecuali DUN changkat jering dan Behrang distiharkan kosong atau seballiknya oleh mahkamah serta keputusan mengenai kes dua adun bebas yang ada kes rasuah tu, kalau mereka bebas dari disabitkankan kesalahan maka BN akan lega dan sedikit konfiden memerintah negeri sekurang-kurangnya sehingga PRU akan datang, dan jika mereka sangkut” maka…faham-faham sendirilah akan kesannya.selain itu kalau pun diisitihar kosong maka disini BN dan Pakatan akan berentap dan ini sekali lagi jadi penentu siapa yang berhak mengepalai kerajaan ngeri perak.

Eli oh Eli

salam ,Apabila YB Elizabeth Wong dengan tidak rasa bersalah dan malu mempertahankan hak kehidupan seksual beliau sebagai wanita bujang untuk menjalin hubungan sebelum kahwin tentunya mengundang pelbagai tanda-tanya.“Terdapat 2 isu pokok yang mendasari isu gambar bogel Elizabeth Wong. Pertama isu penyebaran gambar bogel tersebut yang pastinya tidak ada sesiapa yang berfikiran waras dan bermoral akan merestui perkara tersebut.Kedua, kehadiran lelaki dalam rumah seorang wanita berstatus bujang yang tidur dalam keadaan terlanjang pastinya mencetuskan persoalan moral dan nilai yang besar.saya nak ulas isu pertama dahulu, yang saya kira saudara Asyraf kurang berminat untuk fokuskan.Mungkin tak ada labanya dan keuntungannya dari segi politik sebab tengok tajuk dah tahu apa yang saudara Asyraf cuba fokuskan iaitu isu yang kedua!isu penyebaran gambar , dewasa kini dengan adanya teknologi terkini ruang privasi seseorang dah makin kecil. tambahan pula dengan gaya hidup masakini dan unsur unsur liberarisasi barat. ya mungkin (perlu disahkan dahulu oleh siasatan polis) eli terlibat dengan kehidupan pribadi yang tak bermoral, tapi itu bukan hak pihak-pihak tertentu untuk membuat penyebaran gambar-gambar pribadi beliau.dan ini kalau dari segi ajaran Islamnya pun salah, mencari-cari rahsia dan keburukan orang lain.Dari Abi Hurairah r.a, Rasulullah s.a.w bersabda:“Awasilah diri kamu daripada berjahat sangka kerana jahat sangka itu sebohong-bohong cakap dan janganlah juga kamu mengintip rahsia-rahsia orang, jangan mencari berita buruk, jangan berhasad dengki, jangan bermasam muka dan jangan bermarah-marahan, sebaliknya jadikanlah semua itu saudara-mara.” (Hadith Rasulullah s.a.w)saya menukilkan hadis ini bukanlah nak membela eli (yang mungkin salah dari segi moral) tapi mengingatkan secara umum bahawa mengcungkil-cungkil rahasia dan keaiban orang lain itu adalah perbuatan keji(juga perbuatan tidak bermoral)ok lah isu kedua“Kedua, kehadiran lelaki dalam rumah seorang wanita berstatus bujang yang tidur dalam keadaan terlanjang pastinya mencetuskan persoalan moral dan nilai yang besar.”sememangnya aspek moral dan tuntutan agama kini melihatkan eli seorang yang rendah moral (tertakluk kepada siasatan polis) . dan sebagai pemimpin beliau seharusnya menjaga intergriti dan moralnya (kalau pun beliau tidak beragama) supaya sentiasa bersih dan terpuji.oleh yang demikian tindakan beliau dengan meletakkan jawatan sebagai exco dan adun adalah tepat, masyarakat dinegara kita tidak akan dapat menerima seorang pemimpin yang rendah moralnya. dan kehadiran seorang lelaki didalam rumahnya ketika itu juga menimbulkan persoalan besar.apa pun sekiranya gambar itu ditangkap secara curi-curi atau eli berjaya membuktikan bahawa dia tidak langsung menyedari kehadran lelaki itu maka ini semua hanyalah fitnah semata, apa pun biar perundangan menentukan.oklah fokus pada tajuk pula.PKR bukanlah authority body yang nak halal kan atau haramkan sesuatu.saya telah membaca kebanyakan kenyataan pemimpin PKR berhubng isu ini , tiada siapa pun pun kata ok kepada persoalan yang berkisar tajuk diatas , tiada siapa halalkan sex sebelum kahwin. saya nak lontarkan dua isu di sini1. di dalam undang-undang (kecuali undang-undang syariah) ada ke katakan seks sebelum kahwin (suka sama suka) adalah kesalahan.2. dari segi moral dan agama ya perbuatan eli ni (jika benar tertakluk kepada siasatan polis) sememangnya tidak baik dari segi moral dan tidak baik dan berdosa dari segi agama.jadinyaada dua keadaan, walau pun eli secara moralnya dikatakan tidak baik (jangan lupa dia bukan Islam) tetapi secara undang-undang dia tak bersalah (jangan lupa dia bukan islam)Eli pasti akan kekal dengan melepaskan jawatannya walaupun PKR minta dia bercuti, kenapa PKR minta dia bercuti , supaya dia bertenang dan untuk meredakan isu ,sebab isu utama yang sepatutnya di beri penekanan ialah isu penyebaran gambarnya. Cuba bayangkan gambar kita ketika sedang mandi pakai seluar kecik atau pun tak pakai langsung didalam bilik air tiba-tiba berada dalam internet apa perasaan kita itu . Kita nak fikir pasal moral dulu ke atau fikir pasal “siapa yang menyebarkan”.Itu yang saya rasa eli tengan fikir sekarang ni.

Timbalan Pengerusi

sekadar nak mencoret sedikit.. hari sabtu yang lalu..saya telah menghadiri majlis mesyuarat agung pertama persatuan penduduk di taman perumahan tempat saya tinggal..Alhamdulillah berjalan dengan baik dan harmoni, dengan kehadiran mencecah 70-80 orang , nyata ianya mendapat sambutan yang menggalakkan.dan dengan tak disangka-sangka saya telah dicalon dan mendapat undian terbanyak untuk jawatan timbalan pengerusi, satu jawatan yang saya kira berat dan memakan masa serta mengamit komitmen yang tinggi. ye lah sebagai taman perumahan yang baru, banyak masalah-masalah yang belum selesai dan adalah menjadi tanggungjawab saya dan AJK untuk cuba menyelesaikannya.mohon Allah memandu saya dan saya akan cuba seupaya mungkin

Rules For Being a Good Politician

Rules For Being a Good Politician
1. Be humbleThere is no positional power.Be aware of how little power you have individually.Power is only a product of collective action
2. Be nice to othersKeep people on side — you might need their support later
3. Think strategicallyWhere is the power?How can I get others to agree?Who will back me?Create a situation where everyone gains something
4. SpecialisePick a topic that interests you and research it thoroughly.Become one of the experts in the Parliament on your topic.Eventually, others will seek your point of view, publicly and privately, and this will give you considerable standing and influence
5. Have clear, achievable goalsKnow what you want to achieve from the time you are elected.Do not try to change the world.Pick objectives that are measurable (this is good for your own morale).
6. Understand the issuesResearch. If you are discussing any issue – local to international – make sure you have all the most up-to-date information
7. Listen to othersDo not think you understand it all. Others’ experience will probably be different to yours, and they may help you re-think your view.Anyway, in a democracy their view also counts
8. Learn how to say “no”kindly and with respectSometimes this is not easy! But you might need that person’s support later so avoid offending
9. Understand your InstitutionThe more you understand the rules of procedure and the traditions of nations and the parliament, the more you will be able to use these to achieve your goals
10. Earn respectShow you respect the views and experience of othersDemonstrate that you can be trusted
By: Vicki Bourne. Former Senator. Australian Parliament.

grassroot@ rumput dan akar

SalamSemua kita pernah dengar perkataan diatas, ya...terutamanya dalam bidang politik.Contoh apabila seorang pemimpin menawarkan dirinya untuk sesuatu jawatan, alasan yang paling "pasang siap" ialah kerana "kehendak akar dan rumput(grassroots)" yang berkehendakan beliau jadi pucuk atau bunga.Siapakah dan apa maksud grassroot ni? menurut wikipedia maksud grassroots ni ialah:"grassroots movement (often referenced in the context of a political movement) is one driven by the constituents of a community. The term implies that the creation of the movement and the group supporting it is natural and spontaneous, highlighting the differences between this and a movement that is orchestrated by traditional power structures. Often, grassroots movements are at the local level, as many volunteers in the community give their time to support the local party, which can lead to helping the national party. For instance, a grassroots movement can lead to significant voter registration for a political party, which in turn helps the state and national parties."juga menurut wikipedia juga antara tugas asas "grassroots" dalam kontek politik ni ialahGrassroots organize and lobby through procedures including:hosting house meetings or partieshaving larger meetings—AGMsputting up posterstalking with pedestrians on the street (often involving informational clipboards)gathering signatures for petitionssetting up information tablesraising money from many small donors for political advertising or campaignsorganizing large demonstrationsasking individuals to submit opinions to media outlets and government officialsholding get out the vote activities, which include the practices of reminding people to vote and transporting them to polling places.rumput dan akar, pucuk dan bungaPerlu diingat turun dan naiknya pemimpin adalah berdasarkan sokongan akar dan rumput.malangnya kini dalam kontek UMNO ramai pemimpin yang menyuap golongan akar dan rumput ini dengan baja duit, yang akhirnya menjadi racun yang membunuh parti secara keseluruhan.Tokoh-tokoh yang ikhlas , jujur dan berkelayakan disisih kerana dikatakan tidak memberi "baja" ini. perkara ini sudah lama berlaku dan kesan yang membarah telah terlihat didalam PRU dan dua PRK yang lalu. Dimana tanpa disuap baja ini jangan haraplah jentera parti nak bergerak. Even nak tampal poster pun kena bagi duit "advance " dulu.kalau tak bagi jangan harap.Sayang bukan taksub.oleh kerana golongan akar dan rumput ini telah di ajar begini maka segala sokongan dan ketaatan kepada pemimpin adalah berdasarkan "money factor" bukan berdasarkan kebolehan dan kelayakan kepimpinan.Dan ini akan menghasilkan sokongan yang "fragile" dan menimbulkan budaya taksub pemimpin. Saya boleh katakan didalam UMNO buat masa ini tiada pemimpin yang mempunyai karisma yang boleh menjadikan beliau disayangi dan sehingga ahli-ahli parti sanggup mati dan gugur serta "hangus" kerananya , yang menyokongnya kerana prinsip,yang menyokongnya kerana kebolehannya, yang terakhir pemimpin umno yang mempunyai karisma begitu selepas Harun Idris dan Tun Mahathir ialah DSAI, itu pun ketiga-tiga ini telah dibuang dan memjadi penentang UMNO dan BN.kenapa ini berlaku ? ini kerana "money factor" yang menjadi asas sokongan kepada seseorang pemimpin.Sokongan dengan mudah boleh berubah jika ada "penawaran wang " yang lebih tinggi. Tiada lagi faktor "sayang dan kaliber seseorang" yang ada ialah faktor wang dan kebendaan serta projek.dan juga sebab faktor wang juga ramai grassroots yang tak berkelayakan begitu berlumba-lumba untuk menjadi pucuk atau bunga, kerana apa? kerana faktor wang.Oleh itu Umno kena berubah , dan perubahan perlu drastik . kembalilah kepada perjuangan asal,perjuangan yang diasaskan oleh para pengasas negara ini, dengan teknik atau method yang baru, bukan sekadar nak tarik pengundi, tetapi ianya benar-benar berjuang untuk agama , bangsa dan negara.Jangan ajar dan suap grassroots dan pengundi dengan duitbak kata pepatah "dapat duit saya sayang , tiada duit YB melayang".