Wednesday, June 3, 2009

Sultan Adil,Daulat Tuanku

Salam mungkin komen dan ulasan saya agak lewat.iaitu dengan berkenaan tindakan DYMM Sultan Azlan yang dilihat agak kontroversi di dalam penyelesaian kemelut politik di Perak.saya ringkaskan ulasan kerana tak mahu mengulangi fakta-fakta yang sudah tersebar didalam dunia blog dan reality diluar sana .

Soalan satu Kenapa sultan memilih BN.
Jawapannya: kerana ada sesetengah pendapat dari segi perundangan Sultan mempunyai hak melantik dan melucut jawatan seseorang menteri Besar. Dan ianya dikatakan mengikut undang-undang tubuh Negeri. Alasannya pun mudah baginda mendengar perakuan dan pengakuan daripada 28 adun BN serta 3 adun bebas yang “menyokong BN”.

Soalan kedua : kenapa Sultan tak mahu tunggu NIzar dijatuhkan melalui undi tak percaya didalam dewan?
Jawapannya: Jangan lupa sivakumar sebagai speaker dewan pakatan rakyat dah tak iktiraf tiga adun bebas tu sebagai adun, dan menurutnya tak layak hadir sidang dewan.dan dengan kuasa dia sebagai speaker jangan haraplah tiga adun “haram” tu dibenarkan masuk mengundi. Jadi situasi adun BN dan Pakatan akan jadi sama iaitu 28:28. Dan hal dispute ni akan kembali kepada sultan untuk membuat keputusan. Jadi pada ketika itu Sultan sudah semestinya mengekalkan kerajaan yang dipilih oleh rakyat pada 8 mac lalu daripada memilih BN, dan inilah yang YB Nizar mahukan.sekiranya pada ketika itu Sultan memilih BN maka Sultan dianggap membelakangi kehendak rakyat.Dan jika Sultan memilih BN , Sultan akan dianggap favour kepada “kerajaan orang melayu” sahaja (27 adun BN semuanya melayu 1 je MCA)dan ini tidak baik untuk imej baginda dan Sultan semestinya ingin mengelak dari tersepit didalam situasi diatas.

Soalan ketiga: kenapa Sultan tak mahu bubarkan dewan?
Jawapannya: Mungkin factor kos, atau pun Sultan tak mahu 59 kawasan adunnya negerinya “panas” dan masyarakat berpecah dan tension kerana perbedaan politik , juga mungkin pada pikiran baginda daripada PRU seluruh negeri lebih baik PRK untuk dua adun sahaja iaitu changkat jering dan behrang sahaja(jangan lupa dua adun tu ada kes, kalau sabit kesalahan maka akan hilang status sebgai wakil rakyat , kos pun kurang dan hanya dua kawasan tu sahaja yang terlibat. Dan walaupun Sultan tahu diorang ni tak beretika(atas lompatan), tapi atas nama demokrasi sultan terpaksa terima perakuan mereka sebagai adun bebas yang menyokong BN sehingga mahkamah memutuskan nasib dan status mereka . Sultan kan bekas hakim, baginda tahu seseorang tidak dikatakan bersalah sehingga ianya diputuskan di mahkamah.Kepada Pakatan , Usahalah secara bijak dan melalui perundangan, sabar dan tunggu sahajalah kalau benar mereka ni bersalah dan ketika itu rebutlah kembali peluang anda melalui PRK, dan jika anda menang anda akan kembali mengepalai Kerajaan negeri Perak.Jadinya Sultan Azlan telah melakukan tindakan bijak dengan menghantar “bola” masalah ini kepada mahkamah, dan biar mahkamah membuat keputusannya.Apa pun …Daulat Tuanku..sedikit tambahan , saya berani jamin situasi politik di perak takkan tenang sehingga PRU yang akan datang, kecuali DUN changkat jering dan Behrang distiharkan kosong atau seballiknya oleh mahkamah serta keputusan mengenai kes dua adun bebas yang ada kes rasuah tu, kalau mereka bebas dari disabitkankan kesalahan maka BN akan lega dan sedikit konfiden memerintah negeri sekurang-kurangnya sehingga PRU akan datang, dan jika mereka sangkut” maka…faham-faham sendirilah akan kesannya.selain itu kalau pun diisitihar kosong maka disini BN dan Pakatan akan berentap dan ini sekali lagi jadi penentu siapa yang berhak mengepalai kerajaan ngeri perak.

No comments:

Post a Comment