Ryzul Bin Osman Basah , dilahirkan diKampung Kelapa Tanjung Keramat langkap Perak.. Di besarkan di dalam keluarga yang sederhana seramai 6 orang adik-beradik dan beliau merupakan anak yang ketiga. Mendapat pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan Sungkai dan seterusnya di SM Hamid Khan Tapah Perak. Seterusnya berpindah ke SMKA Slim River selepas mendapat keputusan yang baik didalam PMR khususnya didalam subjek agama dan bahasa arab.Sejurus mendapat pangkat satu di dalam Sijil Pelajaran Malaysia(SPM), beliau ditawarkan ke Universiti Teknologi Mara Caw Perlis mengambil jurusan Pengajian Perniagaan. Beliau yang pernah berkerja sebagai, pembantu jualan, guru, penyelia stor, kerani bank, penolong pengurus peruncitan, dan akhirnya sebagai penasihat perniagaan selepas tamat pengajian percaya bahawa tiada jalan mudah untuk berjaya, dan dengan pengalaman luas beliau semasa berkhidmat di arena “kolar biru” memudahkan beliau merapati masyarakat di setiapa peringkat . Beliau merupakan seorang yang aktif di dalam aktiviti belia dan kemasyarakatan sejak di sekolah lagi. Pada tahun 1997-2007, beliau telah dan pernah diamanahkan menjawat jawatan seperti berikut:-
1. Yang Dipertua Persatuan Pengawas Pusat Sumber SMKA Slim River Perak.
2. Exco, Persatuan Mahasiswa Fakulti Pengajian Perniagaan (Diploma) UiTM Caw Arau.
3. Exco, Kelab Rakan Sebaya UiTM Caw Arau.
4. Exco Kanan, Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia UiTM Pusat 1998-2000
5. Ahli Jawatan Kuasa Angkatan Belia Islam Malaysia Daerah Wangsa Maju 2003-2004
6. Yang Dipertua Angkatan Belia Islam Malaysia, Daerah Wangsa Maju 2004-2005
7. Timbalan Yang Dipertua Majlis Belia Malaysia Daerah Wangsa Maju (penaja)2003-2004
8. Penolong Setiausaha Persatuan Penduduk Pangsapuri Taman Sri Batu Caves, Batu Caves 2002-2004-
9 .Ketua Pemuda Umno Cawangan Pangsapuri Taman Sri Batu Caves (Penaja) 2007-2008
10. Timbalan Pengerusi Persatuan Penduduk Taman Puteri Heights Rawang 2009-2011
Selamat tiba Donald Trump
1 week ago
No comments:
Post a Comment