Tuesday, June 16, 2009

Berani berubah?

Perubahan, anjakan paradigma, islah, reformasi, dan banyak lagi perkataan yang sama nada dengannya, muda disebut tetapi sukar dan memerlukan satu proses untuk menjalankannya.



Semenjak Mac tahun lalu banyak perubahan terutamanya dalam dunia politik,lanskap politik telah banyak mengalami perubahan besar samada di sebelah BN dan Pakatan.



Dalam hal ini Tun Abdulah telah mengatakan kerajaan dan parti akan melakukan perubahan yang mendadak demi menjamin kelangsungan politik parti pemerintah, dengan keadaan pembangkang yang telah menjadi satu force yang agak kuat diparlimen, mahu tidak mahu sesuatu perubahan dalam bukan sahaja didalam pentadbiran kerajaan perubahan juga perlu dalam menangani masalah politik didalam negara ini mesti dilakukan.

dan dengan peralihan kuasa diantara Tun Abdulah kepada Datuk Seri Najib Razak, telah menjadi pemangkin baru dalam proses perubahan ini.



DSNR telah meperkenalkan konsep 1Malaysia yang berteraskan pembelaan untuk semua serta menjadi asas didalam setiap langkah dan polisi kerajaan. Dalam kontkes UMNO dan barisan nasional pula sudah tiba masanya semua parti menaik taraf produk-produk politik mereka supaya selaras dengan konsep 1malaysia yang di bawa oleh DSNR tadi.Produk-produk yang lapuk dan ulang tayang seharusnya diganti dengan produk yang lebih segar dan terkini, produk-produk politik yang berbentuk hanya untuk kaum tertentu sahaja seharusnya diganti dengan produk yang mencerminkan intergrasi antara kaum.Ini akan mencerminkan bahawa konsep 1 Malaysia yang dibawa oleh DSNR adalah ikhlas dan menyerap ke lapangan, bukan sekadar laungan dan kata-kata indah beliau tetapi tidak dihayati oleh anak buah dan anggota parti beliau sendiri.Tanpa mengadaikan hak-hak yang termaktub didalam perlembagaan konsep 1Malaysia sepatutnya perlu digerakkan secara total oleh ahli parti.

DSNR dan rakan-rakan termasuk penulis tahu bahawa sokongan politik dari kaum india dan cina terhadapa parti pemerintah amatlah sedikit.. menurut survey sebuah badan bebas sokongan mereka terhadap kerajaan hanyalah dalam sekitar 30% sahaja! angka ini amatlah membimbangkan. Selain itu sokongan generasi muda terutama generasi dibandar juga amatlah merosot teruk.
DSNR juga tahu untuk menarik semula golongan ini untuk menyokong Umno satu perubahan besar perlu dilakukan, bukan sahaja dari segi organisasi parti , tetapi produk politik yang nak dijual kepada rakyat juga mesti universal.Mesti melepasi kualiti merentasi antara kaum ,pendekatan yang lebih kepada perkongsian dan memujuk. Maksudnya Umno mesti menjadi dan dilihat pembela kepada semua kaum dan agama,sudah terlalu lama UMNO "subcon" kepada MCA dan MIC untuk menangani isu kaum non bumi tapi nampaknya kurang berkesan dan sekarang UMNO sebagai parti yang dominan telah dan akan membuat perubahan yang berani dengan membuat jangkauan politik merentasi bangsa dan agama.

Inilah agenda besar 1Malaysia sebenarnya yang lebih relevan untuk UMNO.Agenda yang digarap teliti berdasarkan realiti semasa, dikala pembangkang menawarkan produk "Agenda Baru" atau "Pas for all", produk terkini seperti 1Malaysia ini sememangnya dinanti-natikan.Tanpa mengenepikan rakan lain didalam BN, UMNO akan cuba mengikis pandangan bahawa ia hanya membela orang melayu sahaja.Ini antara persepsi yang diberikan oleh pembangkang dan maaf cakap segelintir pihak didalam UMNO sendiri. isu ini amatlah memberi imej yang kurang baik dan DSNR dan TSMY tahu akan hal ini. Sesungguhnya dalam membumikan konsep 1Malaysia kepada rakyat, UMNO sebagai parti tunjang seharusnya menghadamkan ahli parti tentang konsep 1Malaysia sehadam-hadamnya dan mengurangkan budaya exclusive dan elitis yang selama ini memberi persepsi yang amat buruk kepada Umno.
kepada penulis UMNO bukan hanya untuk melayu sahaja, sesiapa yang kata begitu dia sebenarnya gagal memahami aspirasi perjuangan pengasas pengasas UMNO, tetapi yang sebenarnya UMNO adalah untuk rakyat Malaysia

Berani berubah atau anda akan diubah!! Umno for all!!!

No comments:

Post a Comment